lagu

Tuesday, 15 January 2013

PENGHARGAAN


alhamdulillah.. siap sudah tugasan blog PEMBANGUNAN DIRI 1. Walaupun blog ini tidak lah semenarik blog-blog lain namun diharapkan memberi manfaat kepada semua. Oleh itu, blog juga merupakan satu medium dalam mengembangkan kretiviti mahasiswa dalam dunia masa kini.

  Jutaan terima kasih kepada pensyarah kami Dr Wan Zulkifli bin Wan Hassan, kerana sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar kami di dalam kehidupan seharian setelah bergelar mahasiswa. selain itu juga tidak dilupakan rakan-rakan sekumpulan keran sentiasa memberikan kerjasama dalam setiap kerja yang dilakukan .

  Sekalung penghargaan kepada kepada senior-senior yang membantu kami dalam pembikinan blog ini. Setiap usaha yang telah mereka lakukan mudah- mudahan memberi manfaat kepada mereka.

  kesimpulannya, blog ini sedikit sebanyak telah membuka minda kami dalam menggenal diri kami untuk membangunkan diri kami. Hal ini kerana, demi menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan mahasiswa.




ABDUL MUIZ BIN ZULKEFLEE  (A141815)

MOHAMAD AMAR MUIZ BIN OTHMAN  (A141834)
MOHAMAD FADHLI BIN MOHAMAD ASIMONI  (A141524)
MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN HASSAN BASRI  (A141545)
MUHAMMAD IMRAN BIN MD RASUL  (A141251)

Thursday, 10 January 2013

BAB 4 : Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

setelah pelajar menguasai bab ini pelajar akan :

  • mampu menerangkan strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran 
  • mampu meneroka isu / masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
  • mampu mengumpulkan dan menguruskan maklumat secara kendiri
- Pengurusan maklmat :
maklumat bermaksud data, bahan dan pengetahuan. selain itu, maklumat adalah data tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna. 

- Literas maklumat :
literasi maklumat bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. (Byerly et al. 1999)

3 komponen litersi maklumat :
  • akses 
  • penilaian 
  • penggunaan maklumat
- Literasi maklumat dan pengetahuan :
pengetahuan ialah keadaan mengetahui, manakala tahu ialah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalama atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari (Schubert et al. 1998)

- Pengurusan pengetahuan :
pengurusan pengetahuan ialah sesuatu proses membangun, memanfaat, menghantar dan menggunakan pengetahuan.

- Kaedah memperoleh dan aplikasi :
teknik memperoleh :
  • membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat 
  • menggunkan alatan, seperti tutorial dalam talian 
  • menggunakan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan 
  • menggunakan kaedah, seperti pergantugan kepada para mentor, pembimbing, dan penyelia (Lau.2006)
  • berkongsi pengetahuan dengan dengan memberitahu , menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi
  • menerap dan mengguakan dalam percambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah
- Pembeljaran sepanjang hayat (PHS) :
pembeljaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela atas motivasi sendiri.

cara pelaksanan :
  • home schooling
  • pendidikan dewasa
  • pendidikan lanjutan 
  • latihan dalam perkhidmatan
  • pembelajaran maya
- Literasi maklumat dan PSH :
konsepnya seperti :
  • bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri
  • berpontensi membangunkan kuasa-kendiri
  • bersifat benar-kendiri
- Kaedah memperoleh dan aplikasi :
pembahagian usia :
  • usia 6-24
  • usia 25-60
  • usia 60 ke atas
proses PSH :
  • kesedaran kendiri 
  • merancang pembeljaran sedar dengan apa yang dipelajari 
  • penilaian  pembeljaran

BAB 3 : Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

setelah pelajar menguasai bab ini pelajar akan :

  • memberi kefahaman mengenai konsep dan faktor kepimpinan 
  • menjelaskan fungsi utama kepimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
  • membolehkan pelaja menganilisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan 
  • membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam menangani masalah
  • menjelaskan konsep kerja berpasukan 
  • membolehkan pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelebihan kerja berpasukan
  • menjelaskan ciri kerja berpasukan yang berjaya
- Kepimpinan :
kepimpinan ialah hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih
(Hollander dan Julian 1969)

terbahagi kepada 2 :
  • kepimpinan islam 
  • kepimpinan barat
- Teori kepimpinan :
  • teori tret
  • teori tingkah laku
  • teori kontingensi
  • teori kontemporari
- Prensip kepimpinan barat :
  • memahami diri anda sebagai pemimpin 
  • menguasai kemahiran teknikal 
  • mencari peluang untuk menjalankan tangungjawab 
  • berupaya menyelesaikan masalah
  • memberi contoh yang boleh diikuti
  • fahami anggota pasukan 
  • pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu
  • mewujudkan hubungan manusia berasaskan hormat satu sama lain
  • pastikan angota faham akan langkah-langkah mancapai matlamat
  • memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan
  • menggunakan secara maksimum anggota sebagai sebuah pasukan
- Prensip kepimpinan islam :
  • kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah
  • kepimpinan adalah pelaksanaan amanah dan risalah
  • memberikan, memperlihatkan dan berkongsikan hala tuju  ataupun wawasan dengan organisasi dan penngikut mereka
  • mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka
- Fungsi kepimpinan :
  • fungsi tugasan 
  • fungsi kumpulan 
  • fungsi terhadap individu
- Membangunkan kemahiran kepimpinan :
  • kemahiran mentadbir dan mengurus
  • kemahiran interpersonal
  • kemahiran mengkonsepsi
- Pembangunan kepimpinan melalui kerja berpasukan 
kerja berpasukan ialah satu pendekatan yang unik tapi kreatif

- Perbezaan antara kerja kumpulan dan kerja berpasukan : 
  • kerja berkumpulan : terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan  dalam satu kumpulan
  • kerja kumpulan : terdiri daripada ahli kepada satu pasukan kerja, bekerja dalam satu kumpulan dengan tekad untuk bekerja sama
- Teori kerja berpasukan :
  • teori belbin 
  • teori hieraraki keperluan maslow
  • teori X dan teori Y
- Kelebihan dan faedah kerja berpasukan : 
  • memupuk semangat berkerjasama 
  • membuat keputusan dan penyelesaian masalah
  • sumber manusia lebih produktif
  • membina komitmen
  • komunikasi berkesan
  • berkualiti
  • semangat dan motivasi 
  • mengurangkan tenaga dan kakitangan \
  • kepuasan bekerja
- Ciri-ciri kerja berpasukan :
  • kepimpinan ketua
  • keanggotaan ahli
  • rangkaian hubungan
  • cara penyelesaian masalah
  • mencapai matlamat

BAB 2 : Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik

setelah pelajar menguasai bab ini pelajar akan :
  • kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi
  • kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir 
  • kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
  • kebolehan berfikir melangkaui batas
  • kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh
  • kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan
  • kebolehan memahami dan menyelasaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru
- Pemikiran kritis :
pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku

- Ciri-ciri pemikiran kritis :
  • tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara, mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
  • berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
  • pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian
  • penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis, cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
  • bersifat reaktif, penilaian analisis dan logik
- Komponen pemikiran kritis :
tebahagi kepada 2 :
  • kemahiran menganalisis secara kritis
  • kemahiran menilai secara kritis
- Kelebihan pemikiran kritis :
  • menjadi lebih matang 
  • bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan 
  • sensitif dan prihatin
  • berjiwa besar, yakin dan berani
  • lebih berhemah dan bertangungjawab
  • ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
  • tidak mudah dipengaruhi
- Sikap pemikiran kritis yang baik  :
  • berfikiran rasional mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan 
  • mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan pihak lain
  • ingin tahu dan minda terbuka
  • mengutamakan kejituan, objektif dan inginkan kejelasan serta ketepatan sentiasa mempunyai maklumat yang cukup
  • sentiasa mencari alternatif
  • sensitif terhadap orang lain
- Logik :
pemikiran logik ialah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancang sesuatu perkara

- Tiga prinsip asa logik :
  • prinsip identiti
  • prinsip pertengahan 
  • prinsip kontradiksi / prinsip percangahan
- Penyelesaian Masalah :
penyesaian masalah ialah tugas yang dihadapi oleh seseorang yang perlu dicari jawapan atau penyelesaiannya sedangkan tidak bersedia sesuatu prosedur penyelesaiannya

masalah mempunyai tiga komponen :
  • sekumpulan maklumat yang tersedia
  • sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian 
  • matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah
- Ciri-ciri penyelasaian masalah secara kreatif :
  • tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati
  • cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu berlaku pada mereka
  • tidak bersifat defensif terhadap masalah itu
  • minta pendapat orang lain yang tidak selaluterlibat dengan masalah
  • biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelsaikan sesuatu masalah
  • yakin pada diri dan idea sendiri
  • gunakan peta minta
  • biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari pelbagai masalah yang ada di sekeliling kita
- Ciri-ciri masalah secara islam :
terbahagi kepada 3 :
  • pendekatan tauhid (akidah)
  • pendekatan hukum (syariah)
  • pendekatan sufi (akhlak)

BAB 1 : Kemahiran Komunikasi

Setelah pelajar menguasai bab ini pelajar akan :
  • mengenal pasti ciri-ciri komunikasi dan kemahiran berkomunikasi
  • memahami kepentingan penggunaan bahasa tubuh dalam komunikasi
  • menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara profesional dalam lisan dan penulisan

komunikasi bermaksud perpindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak lain (penerima). Guffey dan Almonte (2010).

- Model komunikasi :
  • komunikasi linear
  • komunikasi Interaksional 
  • komunikasi Transakional
- Kepntingan kemahiran komunikasi :
  • segi hubungan insan 
  • segi akedemik 
  • segi kerjaya
- Memahmi kemahiran komunikasi :

Komponen komunikasi terbahagi kepada 3 yaitu :
  • pesanan verbal
  • pesanan paraverbal
  • pesanan bukan verbal
- Bentuk-bentuk komunikasi :
  • komunikasi intrapersonal
  • komunikasi interpersonal
  • komunikasi berkumpulan 
  • komunikasi organisasi 
  • komunikasi awam
  • komunikasi silang budaya 
  • komunikasi berasaskan teknologi
- Pengunaan laras bahasa :
  • laras biasa 
  • laras ilmiah
  • laras agama
  • laras undang-undang
  • laras sastera
- Halangan-halangan dalam komunikasi :
  • halangan persekitaran 
  • halangan sikap penghantar 
  • halangan sikap penerima 
  • halangan bahasa 
  • halangan maklumat kurang tepat dan jelas
- Aspek keberkesanan berkomunikasi :
  • latar belakang penghantar dan penerima maklumat
  • mendengar dengan baik dan efektif
  • bersikap positif


Pengenalan Pembangunan Diri 1


assalamualaikum... setelah bergelar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaya (UKM). Mahasiswa telah diberi peluang pembelajaran secara sistematik dalam kuliah secara bersubjek, antara salah satunya ialah subjek Pembangunan diri 1. Oleh itu, subjek Pembangunan diri 1 sudah tidak asing lagi kepada mahasiswa UKM kerana ia merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh mahasiswa pada sem 1.

   walaubagaimanapun, subjek ini merupakan subjek wajib universiti serta memiliki 4 bab di dalamnya. Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) telah menjadikan subjek ini sebagai subjek yang wajib bagi melahir graduan yang berpengatahuan dan memiliki kemahiran-kemahiran insaniah yang sesuai dengan keperluan Model Baru Ekonomi.

Modul Pembangunan Diri ini mempunyai perkara-perkara yang menjurus kepada:
  • Pengukuhan dan pemantapan penerapan eleman-eleman kemahiran insaniah dalam kursus-kursus pengajian umum.
  • Melahirkan pelajar yang holistik yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi.
  • Memupuk akhlak pelajar yang sentiasa bersifat ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam kehidupan.
  • Melahirkan pelajar yang berakhlak, beretika, kreatif, inovatif, tolerans dan berfikiran waras dari perspektif multidisiplin dan rentas budaya dalam isu-isu kontemporari.
   kesimpulannya, subjek ini dapat membantu mahasiswa dalam membentuk peribadi dalam dirinya bagi menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bertepatan dengan syariat islam yang mane setiap muslim itu perlu sentiasa memperbaiki diri mereka sendiri demi melahirkan insan yang berbakti kepada negara serta agama isalam.