assalamualaikum... setelah bergelar mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaya (UKM). Mahasiswa telah diberi peluang pembelajaran secara sistematik dalam kuliah secara bersubjek, antara salah satunya ialah subjek Pembangunan diri 1. Oleh itu, subjek Pembangunan diri 1 sudah tidak asing lagi kepada mahasiswa UKM kerana ia merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh mahasiswa pada sem 1.
walaubagaimanapun, subjek ini merupakan subjek wajib universiti serta memiliki 4 bab di dalamnya. Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) telah menjadikan subjek ini sebagai subjek yang wajib bagi melahir graduan yang berpengatahuan dan memiliki kemahiran-kemahiran insaniah yang sesuai dengan keperluan Model Baru Ekonomi.
Modul Pembangunan Diri ini mempunyai perkara-perkara yang menjurus kepada:
- Pengukuhan dan pemantapan penerapan eleman-eleman kemahiran insaniah dalam kursus-kursus pengajian umum.
- Melahirkan pelajar yang holistik yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi.
- Memupuk akhlak pelajar yang sentiasa bersifat ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam kehidupan.
- Melahirkan pelajar yang berakhlak, beretika, kreatif, inovatif, tolerans dan berfikiran waras dari perspektif multidisiplin dan rentas budaya dalam isu-isu kontemporari.
kesimpulannya, subjek ini dapat membantu mahasiswa dalam membentuk peribadi dalam dirinya bagi menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bertepatan dengan syariat islam yang mane setiap muslim itu perlu sentiasa memperbaiki diri mereka sendiri demi melahirkan insan yang berbakti kepada negara serta agama isalam.
No comments:
Post a Comment