lagu

Thursday, 10 January 2013

BAB 2 : Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik

setelah pelajar menguasai bab ini pelajar akan :
  • kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi
  • kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir 
  • kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
  • kebolehan berfikir melangkaui batas
  • kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh
  • kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan
  • kebolehan memahami dan menyelasaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru
- Pemikiran kritis :
pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku

- Ciri-ciri pemikiran kritis :
  • tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara, mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
  • berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
  • pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian
  • penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis, cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
  • bersifat reaktif, penilaian analisis dan logik
- Komponen pemikiran kritis :
tebahagi kepada 2 :
  • kemahiran menganalisis secara kritis
  • kemahiran menilai secara kritis
- Kelebihan pemikiran kritis :
  • menjadi lebih matang 
  • bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan 
  • sensitif dan prihatin
  • berjiwa besar, yakin dan berani
  • lebih berhemah dan bertangungjawab
  • ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
  • tidak mudah dipengaruhi
- Sikap pemikiran kritis yang baik  :
  • berfikiran rasional mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan 
  • mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan pihak lain
  • ingin tahu dan minda terbuka
  • mengutamakan kejituan, objektif dan inginkan kejelasan serta ketepatan sentiasa mempunyai maklumat yang cukup
  • sentiasa mencari alternatif
  • sensitif terhadap orang lain
- Logik :
pemikiran logik ialah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancang sesuatu perkara

- Tiga prinsip asa logik :
  • prinsip identiti
  • prinsip pertengahan 
  • prinsip kontradiksi / prinsip percangahan
- Penyelesaian Masalah :
penyesaian masalah ialah tugas yang dihadapi oleh seseorang yang perlu dicari jawapan atau penyelesaiannya sedangkan tidak bersedia sesuatu prosedur penyelesaiannya

masalah mempunyai tiga komponen :
  • sekumpulan maklumat yang tersedia
  • sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian 
  • matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah
- Ciri-ciri penyelasaian masalah secara kreatif :
  • tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati
  • cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu berlaku pada mereka
  • tidak bersifat defensif terhadap masalah itu
  • minta pendapat orang lain yang tidak selaluterlibat dengan masalah
  • biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelsaikan sesuatu masalah
  • yakin pada diri dan idea sendiri
  • gunakan peta minta
  • biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari-cari pelbagai masalah yang ada di sekeliling kita
- Ciri-ciri masalah secara islam :
terbahagi kepada 3 :
  • pendekatan tauhid (akidah)
  • pendekatan hukum (syariah)
  • pendekatan sufi (akhlak)

No comments:

Post a Comment